Siapa yang berminat dengan Tigger kawan Pooh. Saya jarang tengok citer katun ni tapi saya suka tgk katun dia. Comel-comel belaka. Jom tgk hasil origami Tigger yang saya buat. Kepada mereka yang suka buat origami boleh lah buat ye. Cara cantuman saya tak post kan di sini tetapi bahagian yang dah siap akan ditunjukkan.
|
TIGGER ORIGAMI |
|
bahagian tangan |
Ini bahagian tangan. bahagian tangan ni guna (8 x 8 x 4). 8 pertama adalah bahagian pertama sekali. 8 kedua adalah baris yang kedua dan 4 tu adalah bilangan tinggi kertas.
Bahagian kaki pulak berlawanan dengan bahagian tangan. Bahagian tangan menguncup keluar tetapi bahagian kaki menguncup ke dalam. Penggunaan kertas juga adalah sama 8x8x4.
|
bahagian kaki |
|
bahagian telinga |
Bahagian telinga yang paling mudah.
Lapis 1: 7 bahagian pertama iaitu warna oren Lapis 2: warna 1 oren - 3 kuning - 1 oren. Lapis 3: 1 oren - 2 kuning - 1 oren
Lapis 4: 1 hitam - 1 oren - 1 hitam
Lapis 5: 2 oren
mudah kan... :)
|
bahagian kepala |
Bahagian kepala adalah yang paling susah sekali. Jika nak lebih lanjut cara membuat tigger ini, bolehlah layari youtube dengan menaip
tigger origami 3D atau link ini
https://www.youtube.com/watch?v=bt137W0zlZI dan
https://www.youtube.com/watch?v=3QbVvU2po_g
|
pandangan belakang kepala |
|
pandangan sisi- kepala |
|
bahagian perut (badan) |
Bahagian badan juga mudah. penggunaa warna kertas adalah kuning, oren dan hitam.
|
bahagian bawah badan |
|
bahagian sisi belakang badan |
|
bahagian belakang |
Akhir sekali adalah bahagian ekor. Pemilihan berat kertas memainkan peranan penting. Saya lebih suka kertas yang bersaiz A4 80gsm. Jika anda memilih untuk menggunakan A4 70gsm, anda kena berhati2 supaya tidak koyak tapi kertas ini tidak digalakkan kerana lebih mudah koyak dan tidak tahan.
Setelah bahagian yang siap tadi tu dicantum, jadilah hasil seperti dibawah. Ini adalah Tigger kedua saya dan yang kedua ini lebih baik dari yang pertama kerana cantuman adalah lebih kemas dan kukuh.
Anda boleh tambah apa-apa saja mengikut kesukaan anda. Di sini saya tambah bentuk hati supaya tigger ni jadi lebih menarik. Jika yang berminat untuk membuat tempahan. Harga RM150.00. Boleh dirunding lagi cuma direct ke emel saya: norami_84@live.com
Kepada yang ingin mencuba buat sendiri. Selamat Mencuba. :)
No comments:
Post a Comment