Monday 22 August 2016

CAR (KERETA ANTIK) ORIGAMI 3D



Kereta Antik Origami 3D

Siapa sangka kita pun boleh buat kereta sendiri. Huhuhu... Kereta mainan jer lah boleh.. Yang penting ada minat, kerajinan dan kesabaran yang tinggi. Walaupun kereta yang saya buat ni tidaklah secantik yang di beli di kedai, tidak lah sekuat plastik atau besi, namun hasil yang dihasilkan hanya daripada kertas ini mampu menarik minat sesiapa saja yang melihatnya.

Percubaan pertama saya ini berjaya, namun masih perlu diperhalusi. 



Saya tidak pandai nak buat ayat tetapi saya berharap pada yang mempunyai minat yang sama, boleh berkongsi dengan saya pengalaman mereka. Anda semua boleh membuat rujukan di laman web dengan hanya menaip origami 3d. Misalnya anda ingin lihat hello kitty yang diperbuat dari kertas. hanya taip hello kitty dan diikuti dengan origami 3D.

Anda boleh mengubah bentuk kereta ini mengikut kreativiti anda sendiri.


Membuat pelbagai rekabentuk dari kertas ini bukanlah sesuatu yang mudah. Anda perlu mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Dan semua orang mampu melakukannya asalkan ada kecekalan diri.

Anda semua boleh menghubungi saya jika berminat untuk menempah dengan hanya PM saya di alamat emel: norami_84@live.com atau di fb ( ayumi chee ).
Pandangan dari atas
Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang



Pandangan sisi...

No comments:

Post a Comment